Thursday, 3 November 2016

Am I borned to be a teacher?

Semua orang dilahirkan sudah ada "destiny" masing2 kan. Alhamdulillah bagi mereka yang ditakdirkan berkarier dalam bidang yang diminati sejak kecil. Ada juga sesetengah org yang tak minat dengan Karier diceburi namun terpaksa meneruskan perjuangan kononnya sudah "terjebak".hehee..
Apa pun kita pada hari ini...bersyukurlah..kerana Allah sudah menentukan hala tuju hidup kita mengikut Keperluan Dan kesesuaian dengan cara hidup kita.
Sebenarnya..jujur sy katakan cita2 sy hingga ke hari ini berubah ubah. Dari kecil awalnye sy amat meminati kerjaya sebagai seorang peguam. petah tutur kata Dan bicara buat sy suka sangat dengan kerjaya ni. Maklumla sy kan banyak cakap.

Tapi...haluan sy selepas spm tidak mentakdirkan sy untuk ke bidang ini. Tengah kenapa terlalu mudah sy dihalakan ke bidang perguruan yang sangat jauh Dr apa yang saya idamkan. Bermula dengan sesi "interview" yg sangat mencabar..demi ditawarkan biasiswa oleh kementerian pelajaran Malaysia..dengan "exam" yang sangat mencabar..terlalu mudah sy melanjutkan pelajaran dalam bidang ini selama 5 tahun setengah.haha Dan akhirnya sy grad sbg seorang guru.

Percaya ke tak pun tak tau...sy meneruskan kehidupan sebagai seorang guru bahasa inggeris...mendidik murid dengan penuh sabar..Ketiga melahirkan anak di hospital Kuala Lumpur..sy melibatkan kerjaya sbg seorang doktor sebagai satu kerjaya yg menarik pula.kehidupan mereka...cara kerja mereka buat sy rs nak je terjun ke dunia seorang doktor.

Namun...setelah muhasabah diri...sy sedar bahawa Allah mentakdirkan sy hidup sebagai seorang guru...kerana sy tidak mampu untuk menjadi seorang peguam...atau seorang doktor. Percaturan Allah tak pernah salah..Dia maha mengetahui keadaan hidup hambanya.mungkin jika saya seorang doktor atau peguam..sy tak mampu menjadi mujahidah seperti mereka...
Hidup di hospital siang Dan malam..berjanggut melawat pesakit...tiada masa bersama keluarga...mungkin itu bukan jiwa saya..

Hasbunallah wanikmal wakeel..
Bersyukur...moga Allah memberikan perjalanan hidup yg indah...

Wednesday, 2 November 2016

A HECTIC DAY

Dah pukul 11.12 malam..mata masih x dapat lelap..dasyatnya hari ni..tak menang tangan dibuatnya..rupanya bila anak dah bertambah ni...masa pun rasa mcm tak cukup kan..kalau boleh tambah jam tu rasanya nak je tambah..tapi nak buat mcm mana kan...allah dah bagi 24 jam je satu hari..betulla penceritaan dalam surah Al-Asr...Allah bersumpah dengan walimah "Demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian"
Rasa rugi kalau tak manfaatkan masa yang ada. Bila dah berlalu...terasa rindu nak hadapi balik zaman2 yang dah berlalu..terasa zaman kanak-kanak juga cepat sangat berlalu pergi..zaman kanak-kanak riang.pergi sekolah...balik sekolah...letak beg..cari nasi. Syoknye zaman tu.tak de masalah nak difikirkan..
Bila dah dewasa..dah ada tanggungjawab..kehidupan seharian pk kan tanggungjawab yang perlu diselesaikan je..
Masha Allah..zaman seronok dah berlalu..baru sedar diri makin tua.hehee
Kekurangan diriku Dari kecil...akan aku Cuba elakkan Dari anak2 ku merasainya semula..biarla rahsia kekurangan ummi..menjadi sejarah diri ummi..bukan pulangan untuk anak2 ummi mentioned hari2 mendatang...
In shaa Allah..ummi akan berikan yang terbaik untuk anak2 ummi...
Muhammad Iman Hakim bin Mohd Firdaus Dan Nur Iman Nasuha binti Mohd Firdaus..

Monday, 31 October 2016

Hospital kerajaan vs Hospital swasta

Jujurnya kedua- dua anak saya dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Jauh meleset dari jangkaan awal saya kononnya nak bersalin di hospital swasta.
Hahahahahaha
Biasalah angan2 setiap wanita pasti mahukan yang terbaik kan.
Tapi..something amazing happened. Setelah kedua2 anak saya dilahirkan di sana..hati saya terlalu rindukan Susana di hospital.
Seminggu saya di hospital bagaikan tak cukup masa rasanya. Nak je tambah masa lagi kalau boleh.haha
Servis yg sangat tiptop dengan kesungguhan doktor Dan nurse yang sangat memikat hati sy..
Jika ada doktor atau nurse Dari hospital Kuala Lumpur yang terbaca hasil tulisan saya ni..saya doakan kalian sentiasa dilindungi Allah..
Saya doakan kalian sentiasa diberkati..diberikan keseronokan dalam menjalankan tugas..Dan juga dipermudahkan segala urusan...

Dedikasi khas buat doktor yang telah bertungkus lumus merawat saya sepanjang berada di hospital..
Dr Jannah
Dr sumitra
Dr shamsul
Dr Gopi
Dr Taufiq
 Saya sangat rindukan huru hara para doktor di ward.
Detik yang terlalu membuatkan saya sangat mengagumi kerjaya seorang doktor adalah apabila seorang anest yang menjaga bilik pembedahan Ketika saya sedang di bedah sanggup hadir ke ward untuk mencari saya semata2 hanya ingin bertanya keadaan saya hanya kerana saya tidak dapat menggenggamkan tangan kiri semasa pembedahan dijalankan.
Terharu sangat rasanya kerana dengan modal yg kosong..saya dilayan sebegitu..thanks ks doktor...you are awesome.
Begitu mulanya hati seorang doktor..jam 4 pagi di dewan bedah..masih riuh rendah..sedangkan di rumah pasti kita sedang nyenyak diulit mimpi..


A view from a young teacher..

Setuju tak kalau saya katakan bahawa semua org tentu ada medium tersendiri untuk meluahkan apa yang ada di fikiran kita.
Same to me..blog is awesomely my medium to interpret my feelings. Lega bila dapat luahkan apa yg tersurat Dan yang tersirat melalui penulisan. Macam layang2 terbang bebas.hehe
Just want to share..for those yang punya rasa yang sama mcm saya...can always be here...