Jujurnya kedua- dua anak saya dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Jauh meleset dari jangkaan awal saya kononnya nak bersalin di hospital swasta.
Hahahahahaha
Biasalah angan2 setiap wanita pasti mahukan yang terbaik kan.
Tapi..something amazing happened. Setelah kedua2 anak saya dilahirkan di sana..hati saya terlalu rindukan Susana di hospital.
Seminggu saya di hospital bagaikan tak cukup masa rasanya. Nak je tambah masa lagi kalau boleh.haha
Servis yg sangat tiptop dengan kesungguhan doktor Dan nurse yang sangat memikat hati sy..
Jika ada doktor atau nurse Dari hospital Kuala Lumpur yang terbaca hasil tulisan saya ni..saya doakan kalian sentiasa dilindungi Allah..
Saya doakan kalian sentiasa diberkati..diberikan keseronokan dalam menjalankan tugas..Dan juga dipermudahkan segala urusan...
Dedikasi khas buat doktor yang telah bertungkus lumus merawat saya sepanjang berada di hospital..
Dr Jannah
Dr sumitra
Dr shamsul
Dr Gopi
Dr Taufiq
Saya sangat rindukan huru hara para doktor di ward.
Detik yang terlalu membuatkan saya sangat mengagumi kerjaya seorang doktor adalah apabila seorang anest yang menjaga bilik pembedahan Ketika saya sedang di bedah sanggup hadir ke ward untuk mencari saya semata2 hanya ingin bertanya keadaan saya hanya kerana saya tidak dapat menggenggamkan tangan kiri semasa pembedahan dijalankan.
Terharu sangat rasanya kerana dengan modal yg kosong..saya dilayan sebegitu..thanks ks doktor...you are awesome.
Begitu mulanya hati seorang doktor..jam 4 pagi di dewan bedah..masih riuh rendah..sedangkan di rumah pasti kita sedang nyenyak diulit mimpi..
No comments:
Post a Comment