Thursday, 3 November 2016

Am I borned to be a teacher?

Semua orang dilahirkan sudah ada "destiny" masing2 kan. Alhamdulillah bagi mereka yang ditakdirkan berkarier dalam bidang yang diminati sejak kecil. Ada juga sesetengah org yang tak minat dengan Karier diceburi namun terpaksa meneruskan perjuangan kononnya sudah "terjebak".hehee..
Apa pun kita pada hari ini...bersyukurlah..kerana Allah sudah menentukan hala tuju hidup kita mengikut Keperluan Dan kesesuaian dengan cara hidup kita.
Sebenarnya..jujur sy katakan cita2 sy hingga ke hari ini berubah ubah. Dari kecil awalnye sy amat meminati kerjaya sebagai seorang peguam. petah tutur kata Dan bicara buat sy suka sangat dengan kerjaya ni. Maklumla sy kan banyak cakap.

Tapi...haluan sy selepas spm tidak mentakdirkan sy untuk ke bidang ini. Tengah kenapa terlalu mudah sy dihalakan ke bidang perguruan yang sangat jauh Dr apa yang saya idamkan. Bermula dengan sesi "interview" yg sangat mencabar..demi ditawarkan biasiswa oleh kementerian pelajaran Malaysia..dengan "exam" yang sangat mencabar..terlalu mudah sy melanjutkan pelajaran dalam bidang ini selama 5 tahun setengah.haha Dan akhirnya sy grad sbg seorang guru.

Percaya ke tak pun tak tau...sy meneruskan kehidupan sebagai seorang guru bahasa inggeris...mendidik murid dengan penuh sabar..Ketiga melahirkan anak di hospital Kuala Lumpur..sy melibatkan kerjaya sbg seorang doktor sebagai satu kerjaya yg menarik pula.kehidupan mereka...cara kerja mereka buat sy rs nak je terjun ke dunia seorang doktor.

Namun...setelah muhasabah diri...sy sedar bahawa Allah mentakdirkan sy hidup sebagai seorang guru...kerana sy tidak mampu untuk menjadi seorang peguam...atau seorang doktor. Percaturan Allah tak pernah salah..Dia maha mengetahui keadaan hidup hambanya.mungkin jika saya seorang doktor atau peguam..sy tak mampu menjadi mujahidah seperti mereka...
Hidup di hospital siang Dan malam..berjanggut melawat pesakit...tiada masa bersama keluarga...mungkin itu bukan jiwa saya..

Hasbunallah wanikmal wakeel..
Bersyukur...moga Allah memberikan perjalanan hidup yg indah...

No comments:

Post a Comment